Abu Umamah r.a.
berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua
mempelajari Al-Qur'an,
setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan
Al-Qur'an.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W
:" Belajarlah kamu akan Al-Qur'an,
di
akhirat nanti dia akan datang kepada
ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab :
"Siapakah kamu?"
Maka
berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang
hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca
Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an
mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi
kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya :
"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini
semua kerana anak kamu telah mempelajari
Al-Qur'an."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar