Dalam sebuah
kitab karangan 'Ustman bin Hasan
bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke
XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan
akal, maka Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan
Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah
engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T.
berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu
akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan
lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak
Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia
daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T
menciptakan nafsu, dan berfirman
kepadanya yang bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau
adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T
menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
: "Siapakah engkau dan siapakah
Aku?". Lalu nafsu
berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100
tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan
berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga
diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka
Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah
kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita
mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan
menjadi musnah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar