Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Barang siapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram)
maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan barang siapa yang
berpuasa pada hari Aasyura (10
Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan ber-umrah, dan 10,000
pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan setiap
rambut satu darjat. Dan barang siapa yang memberi
makan kepada orang yang berbuka
puasa pada orang mukmin pada hari
Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat
Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan
hari Aasyura daripada hari-hari
lain?". Maka jawab Rasulullah S.A.W
: " Ya, memang benar, Allah
Ta'ala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada
hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya
Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim
dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,
menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima
taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,
Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud
pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada
hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
Tidak ada komentar:
Posting Komentar