Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada
setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000
lereng dari api dan pada setiap lereng
itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya
pula terdapat 70,000 lembah dari api.
Dikisahkan dalam hadis
tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat
70,000 gudang dari api,
dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat
70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis
tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai
70,000 ekor dan setiap
ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai
70,000 qullah bisa.
Dalam hadis yang sama
menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam,
maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang
mengepung mereka di sebelah kiri,
lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka
disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas
kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang
akan asap tersebut maka bergetarlah
dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan
bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan
pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000
kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik
oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya
ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim
ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di
antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana
kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan
hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka
Jahannam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar